My Add

Wednesday, 1 August 2012

Naik gred hakim kanan, majistret - Ketua Hakim Negara

Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, RABU, 01 Ogos, 2012: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta menaikkan gred perjawatan terhadap majistret dan hakim kanan agar pendengaran kes-kes sivil melibatkan tuntutan saman yang lebih tinggi dapat disegerakan.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria ketika melahirkan harapan tersebut berkata, gred yang lebih tinggi wajar diberi pertimbangan ekoran beban tugas yang semakin mencabar dihadapi oleh pegawai-pegawai kehakiman.

Menurut beliau, ia selaras dengan pindaan terhadap Akta Mahkamah-Mahkamah Rendah 1948 yang membuka bidang kuasa yang lebih luas kepada majistret dan hakim mengendalikan tuntutan saman yang lebih tinggi berbanding sebelumnya.

Arifin menyatakan demikian kepada pemberita ketika ditemui di Istana Kehakiman di sini selepas majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman bermula hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment