SEREMBAN, RABU, 01 Ogos, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid At-Taqwa, Paroi dekat sini esok.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kehadiran pemimpin negara itu akan disambut lebih 10,000 rakyat di masjid berkenaan, kira-kira pukul 6 petang esok.
``Pada majlis itu Perdana Menteri akan menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin, berbuka puasa dan solat tarawih bersama rakyat di masjid berkenaan,'' katanya di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment