My Add

Monday 27 August 2012

Nasruddin, Nik Abduh tidak bijak berpolitik - Zulkifli Yaacob

KOTA BHARU, AHAD, 26 Ogos, 2012: Bekas Ketua Pemuda Pas Kelantan, Zulkifli Yaacob menyifatkan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan dan Timbalannya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebagai orang yang tidak bijak berpolitik kerana mendesak Pengerusi DAP, Karpal Singh membuat pendirian mengenai hudud.

Beliau berkata, sekarang bukan masa yang sesuai untuk berbincang atau mendesak DAP supaya menyatakan pendirian mereka mengenai pelaksanaan hukum hudud.

"Mereka perlu matang dan bijak berpolitik, jangan terpengaruh dengan media massa yang hendak melaga-lagakan pakatan, perlu selari dengan kepimpinan Presiden parti dan serah kepada Jawatankuasa Pas Pusat.

"Pada pendapat saya, sekarang bukan masanya untuk mendesak DAP berbincang pasal hudud, yang penting kita mendapat kuasa di Putrajaya, soal hudud akan terlaksana bila kita mendapat kuasa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment