My Add

Thursday 2 August 2012

NSTP, TV3 ciplak idea Admal

KUALA LUMPUR, RABU, 01 Ogos, 201: Konsep program berunsur pendidikan yang disiarkan oleh syarikat akhbar, The New Straits Times Press (M) Bhd. (NSTP) dan Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) kira-kira tujuh tahun lalu, didapati telah 'menciplak idea asal' sebuah syarikat pendidikan, Admal Sdn. Bhd. (Admal).

Perkara tersebut diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Hanipah Farikullah melalui alasan penghakiman bertulis setebal 47 muka surat bertarikh 20 Julai lalu.

Hanipah dalam keputusannya pada 3 Mei lalu memerintahkan NSTP dan TV3 yang dinamakan sebagai pihak defendan membayar ganti rugi am dan ganti rugi khas kepada Admal selaku pihak plaintif beserta faedah empat peratus setahun selain kos.

Peguam Isa Aziz Ibrahim yang mewakili Admal ketika ditemui pemberita selepas menemui hakim berkenaan bersama peguam pihak defendan berkata, mahkamah mengarahkan jumlah ganti rugi yang diterima oleh plaintif akan ditaksir oleh Timbalan Pendaftar pada 28 Ogos ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment