My Add

Thursday 2 August 2012

SPRM serbu tapak bazar Ramadan

*SEORANG pegawai penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan mengenai kes dipercayai penyelewengan pembelian tapak bazar Ramadan di Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH


Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
KUALA LUMPUR, RABU, 01 Ogos, 2012: Sehari selepas akhbar Utusan Malaysia mendedahkan kegiatan sindiket penjualan tapak bazar Ramadan yang dijual pada harga yang tidak masuk akal, pihak berkuasa bertindak menyerbu lokasi perniagaan yang dikaitkan di Jalan Masjid India dan Lorong Fatimah, di sini hari ini.

Hasilnya, dua individu yang dipercayai orang tengah menguruskan penjualan tapak-tapak bazar tersebut berjaya ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Salah seorang daripada mereka berusia 50 tahun dan berniaga jam tangan di kaki lima Jalan Masjid India, namun mempunyai kemudahan untuk keluar masuk pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment