My Add

Friday 3 August 2012

Operasi cegah nelayan guna pukat rawa, buaya

KUBANG PASU. KHAMIS, 02 Ogos, 2012: Bagi mengelakkan sumber ikan di perairan negara terjejas, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menjalankan operasi khas mencegah nelayan menggunakan pukat rawa surong dan pukat buaya untuk menangkap ikan.

Timbalan Menterinya, Datuk Mohd. Johari Baharum berkata, kedua-dua pukat itu telah diharamkan kerana penggunaannya akan mengancam sumber laut.

"Pihak kami telah memberi penerangan kepada pengusaha-pengusaha pukat rawa surong dan pukat buaya dan kami akan jalankan operasi selepas raya nanti.

"Kami tidak akan menggunakan bot lagi untuk menangkap mereka (nelayan pukat rawa surong dan pukat buaya) sebaliknya kami akan tunggu mereka di pangkalan dan akan rampas semua peralatan mereka (nelayan) yang menggunakan pukat-pukat itu," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama media di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment