My Add

Friday 3 August 2012

Dua beradik menyamar pengemis Islam dicekup JKM

SHAH ALAM, KHAMIS, 02 Ogos, 2012: Dua beradik yang menyamar sebagai pengemis Islam ditahan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor dalam satu operasi di kawasan bazar Ramadan Seksyen 13 di sini semalam.

Dua beradik perempuan berketurunan Cina yang lengkap memakai jubah dan tudung labuh itu mengambil kesempatan meminta sedekah daripada orang ramai yang berkunjung ke bazar Ramadan tersebut dengan mendakwa mereka perlu menyara anak yang sedang terlantar sakit.

Pengarah JKM Selangor, Nik Omar Nik Ab. Rahman berkata, taktik dua beradik itu berjaya dikesan oleh pihaknya apabila ternampak mereka menukar baju setelah keluar dari tandas berhampiran di bazar tersebut.

"JKM juga menahan empat lagi pengemis yang tiga daripadanya merupakan warga Thailand dan seorang daripadanya tidak diketahui status kerana tidak mempunyai pengenalan diri yang kesemuanya berusia dalam lingkungan 20-an hingga 60-an," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment