My Add

Saturday 25 August 2012

Pakar kewangan Islam diperlukan

Oleh AZMAN IBRAHIM
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 24 Ogos, 2012: Institut Kewangan dan Perbankan Islam Malaysia (IBFIM) menyasarkan peranan sistem kewangan Islam di negara ini sama penting dengan sistem kewangan konvensional dalam tempoh 10 tahun lagi.

Perunding Kanan Pembangunan Latihan dan Pembangunan Profesional IBFIM, Zanariah Zahari berkata, sasaran sama rata itu dijangka dapat dicapai melalui penghasilan tenaga pakar kewangan Islam yang lebih ramai pada masa akan datang.

Jelasnya, bagi mencapai sasaran itu, negara memerlukan sekurang-kurangnya 2,000 pemegang sijil kelayakan kewangan Islam (CQIF) yang dikeluarkan oleh IBFIM.

"Kami di IBFIM yang merupakan salah satu institusi latihan atau badan yang disokong sepenuhnya Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membantu melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam kewangan Islam," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment