My Add

Saturday 25 August 2012

Pengasuh bayi mengaku tidak bersalah

BUTTERWORTH, JUMAAT, 24 Ogos, 2012: Seorang pengasuh bayi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mengabaikan bayi lelaki berusia enam bulan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Tertuduh G. Sarojaha, 48, membuat pengakuan itu dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah itu, Ahmad Faiz Md. Zain.

Suri rumah terbabit didakwa telah mengabaikan Y. Meysshvin di Blok 6, Tingkat 4, Flat Mak Mandin di sini dengan cara yang memungkinkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal antara pukul 10 pagi dan 10.30 pagi, pada 15 Ogos lalu.

Sarojaha didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Ahmad Faiz memerintahkan ibu kepada tiga orang anak itu diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 September untuk sebutan semula kes tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment