My Add

Saturday 25 August 2012

Pas bincang isu hudud hari ini

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 24 Ogos, 2012: Pas yang tertekan selepas terpaksa tunduk kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam isu hudud akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Biro Politik parti berkenaan esok.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia difahamkan Pas yang kini dikuasai lebih 70 peratus golongan 'Anwarinas' dalam senarai Ahli Jawatankuasa Pusat dijangka tidak akan mengambil pendirian tegas bagi menyelar Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sebelum ini membuat kenyataan menentang pelaksanaan hukum hudud.

Sumber dalaman Pas ketika dihubungi memberitahu, isu hudud akan menjadi topik perbincangan utama pada mesyuarat esok kerana perkembangan semasa jelas tidak berpihak kepada parti tersebut.

"Mesyuarat esok membincangkan isu politik dan pilihan raya umum. Sudah pasti isu hudud akan menjadi salah satu fokus utama kami kerana melihat kepada perkembangan semasa," katanya di sini hari ini. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment