My Add

Saturday 25 August 2012

Pas cari kepentingan politik - Tengku Razaleigh

GUA MUSANG, JUMAAT, 24 Ogos, 2012: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak menolak kemungkinan usaha Pas meneruskan polemik isu pelaksanaan hukum hudud adalah untuk mencari keuntungan politik.

Beliau berkata, ini kerana berdasarkan realiti semasa, hukum hudud sukar untuk dilaksanakan kerana ia memerlukan pindaan Perlembagaan.

"Umat Islam mengalu-alukan hudud tetapi mesti dilaksanakan dengan cara dikehendaki agama. Hudud kalaupun nak dilaksanakan, harus mendapat pandangan seluruh rakyat kerana kalau nak laksanakannya, mesti pinda Perlembagaan.

"Saya rasa masih jauh lagi untuk kita laksanakan hudud, masih berada di awang-awangan. Pas kata kita (UMNO) tolak. Kita sendiri dengan tegas belum buat pendirian lagi. DAP tidak mahu negara Islam, dia fikir hudud sebahagian daripada cara untuk tubuhkan negara Islam," ujarnya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment