My Add

Friday 3 August 2012

Pegawai DBKL antara diambil keterangan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 02 Ogos, 2012: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil keterangan beberapa individu termasuk pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantu siasatan sindiket tapak bazar Ramadan yang dijual pada harga tidak masuk akal.

Difahamkan, semua keterangan yang diambil daripada pegawai DBKL menjurus kepada sistem dan prosedur penjualan serta agihan tapak dan ia direkodkan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Menurut jurucakap SPRM, kesemua yang dipanggil membantu siasatan telah menerima notis perintah untuk hadir memberi keterangan dalam operasi yang dijalankan semalam.

"Pihak mahkamah juga telah membenarkan dua individu yang ditahan semalam kerana dipercayai menjadi orang tengah sindiket itu, ditahan reman selama tujuh hari oleh SPRM bagi membantu siasatan," tegasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment