My Add

Friday 3 August 2012

Undi: Siasat petak bazar Ramadan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 02 Ogos, 201: Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat secara menyeluruh isu tapak bazar Ramadan di Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, yang tidak melalui cabutan undi.

Presidennya, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, sebelum pendedahan Utusan Malaysia semalam mengenai kewujudan tapak orang kenamaan (VIP) yang tidak perlu melalui undian seperti disyaratkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pihaknya turut menerima aduan serupa daripada peniaga.

Katanya, kewujudan tapak VIP itu bukan isu baru sebaliknya berlaku saban tahun namun tidak ada tindakan tegas dikenakan.

"Kita menggesa supaya isu ini disiasat secara menyeluruh dan pihakUSAT bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment