My Add

Sunday 5 August 2012

Pelajar dibelasah senior


*NORAKMA Mohidin melihat kesan lebam pada badan anaknya, Mohd. Amirul Mukmin Mohd. Yusmiza akibat dibelasah pelajar senior.

KOTA TINGGI, SABTU, 04 Ogos, 2012: Gara-gara menegur sekumpulan pelajar membuat bising, seorang pelajar di sebuah sekolah asrama di Bandar Penawar dekat sini, dibelasah sekumpulan senior sehingga pengsan dan lebam di seluruh badan pada Khamis lalu.

Menurut pelajar tingkatan lima itu, Mohd. Amirul Mukmin Mohd Yusmiza, 17, kejadian pada pukul 1 pagi itu bermula apabila dia dikejutkan seorang pelajar yang tidak dikenali yang memberitahu ada pelajar senior mahu berjumpa dengannya.

"Ketika itu saya tidak terfikir akan dipukul tambahan pula saya masih dalam keadaan separuh sedar. Sebaik sahaja sampai di bilik pelajar berkenaan, salah seorang pelajar senior yang ada di situ bertanyakan soalan sebelum kira-kira tujuh atau lapan orang daripada mereka memukul saya bertubi-tubi," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment