My Add

Sunday 5 August 2012

Bouncer kelab malam maut ditembak

KUALA LUMPUR, SABTU, 04 Ogos, 2012: Seorang bouncer sebuah kelab malam mati ditembak tiga das dari jarak dekat yang dipercayai berpunca akibat dendam di Serdang Perdana, dekat sini malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 malam ketika mangsa, K. Silvan, 27, minum bersama dua lagi rakannya di bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an yang menaiki motosikal Yamaha LC dan memakai topi keledar bertutup penuh merapati mereka.

"Dengan pantas, seorang daripada suspek turun dari motosikal lalu melepaskan tembakan ke arah mangsa sementara seorang lagi rakannya menunggu di motosikal.

"Dua daripada tembakan itu mengenai bahagian belakang mangsa manakala satu lagi di kepala," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment