Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, berkata dalam kemalangan kira-kira jam 10.45 pagi ini, Amir Shariff Suhaimi, 17, mati di tempat kejadian manakala adiknya, Azwani Wan Shazarina, 13, hanya cedera ringan.
Katanya, kejadian berlaku apabila motosikal yang dinaiki dua beradik itu dipercayai bergesel dengan sebuah lagi motosikal menyebabkannya terbabas ke laluan bertentangan dan dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda.
“Pemandu kenderaan pacuan empat roda melarikan diri dan setakat ini belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
"Saksi kejadian diminta tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, Azwani Wan Shazarina dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Lipis manakala penunggang sebuah lagi motosikal tidak cedera. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment