My Add

Friday 17 August 2012

13 pendatang Indonesia, tekong ditahan

JOHOR BAHRU, JUMAAT, 17 Ogos, 2012: Polis Marin Wilayah Dua menahan 13 pendatang asing tanpa izin Indonesia termasuk seorang tekong darat dalam

operasi di kawasan kebun di Sungai Cemaran, Kota Tinggi, di sini.

Timbalan Komander Supritendan N. Kalai Chelvan berkata, dalam operasi pada 8 malam Rabu lepas, 12 lelaki dan seorang wanita negara jiran ditahan di kawasan kebun yang dijadikan penempatan sementara sebelum diseludup keluar dari Malaysia.

"Bertindak atas maklumat risikan, sepasukan lapan anggota mengekori seorang lelaki dipercayai tekong darat yang membawa seorang pendatang tanpa izin ke tempat persembunyian dengan menaiki motosikal dan menahan mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan terhadap tekong darat itu, dia membawa anggota Polis Marin ke kawasan kebun itu yang kemudiannya menahan 11 lelaki Indonesia yang sedang menunggu masa diseludup keluar dari Malaysia.

Katanya lagi, kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin akan meningkat pada bulan Ramadan kerana mereka mengambil kesempatan untuk balik berhari raya di kampung halaman.

Lelaki dipercayai tekong darat itu disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007, manakala 12 pendatang yang lain itu pula disiasat menurut Akta Imigresen 1967 pindaan 2002. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment