My Add

Friday, 3 August 2012

Penganggur didakwa rompak 2 warga Indonesia

PETALING JAYA, KHAMIS, 02 Ogos, 2012: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan merompak dua warga Indonesia dengan bersenjatakan sebilah pisau, empat hari lalu. 

Faizul Adzha Mohamad, 26, didakwa merompak seutas rantai emas dan telefon bimbit milik Siti Mukolifah bersenjatakan sebilah pisau jenis Rambo, di depan rumah bernombor 308, Tingkat 3, Apartment Makmur, Selangor, pada jam 8.30 malam, 29 Julai lalu.

Dia juga didakwa merompak seutas rantai emas, telefon bimbit dan beg tangan milik Rita dengan bersenjatakan pisau yang sama, di tempat dan waktu yang sama. 

Bagi kedua-dua pertuduhan, Faizul Adzha didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 397 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan. 

Hakim Yasmin Abdul Razak membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Sept untuk tarikh sebutan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah manakala tertuduh diwakili peguam Siti Rohaya Mohd Tajudin. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment