My Add

Friday 24 August 2012

Pengasuh didakwa abai bayi sehingga cedera

BUTTERWORTH, JUMAAT, JUMAAT, 24 Ogos, 2012: Seorang pengasuh kanak-kanak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan mengabaikan seorang bayi lelaki berusia enam bulan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

G. Sarojaha, 48, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Y. Meysshvin di Blok 6, Tingkat 4, Flat Mak Mandin, Seberang Perai Utara, di sini, antara pukul 10 pagi hingga 10.30 pagi, 15 Ogos lepas.

Dalam kejadian 10 pagi itu, Meysshvin yang melecur 70 peratus di muka dan badan sedang tidur apabila api dipercayai dari tempat sembahyang di rumah Sarojaha terjatuh lalu terbakar dan merebak ke seluruh rumah.

Ketika kejadian tertuduh dipercayai tiada di rumah kerana pergi ke pasar yang terletak di bawah rumahnya. Bagaimanapun bayi itu diselamatkan oleh jiran yang terdengar tangisan bayi dari rumah terbabit.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment