My Add

Saturday 18 August 2012

Pengawal keselamatan patahkan cubaan curi wang ATM

SHAH ALAM, JUMAAT, 17 Ogos, 2012: Hasrat sekumpulan lelaki mencuri wang dari mesin pengeluaran wang tunai automatik (ATM) di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi dekat sini kelmarin, gagal apabila perbuatan mereka disedari oleh pengawal keselamatan di situ.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 malam itu, pengawal keselamatan tersebut sedang membuat rondaan rutin apabila terserempak dua lelaki berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah bank di universiti berkenaan.

“Apabila ditanya apa dilakukan di hadapan bank, suspek memberi alasan kononnya mereka mendapat panggilan telefon memaklumkan mesin ATM di situ mengalami kerosakan tetapi mereka menimbulkan curiga kerana bertindak melarikan diri selepas menjawab pertanyaan pengawal keselamatan tersebut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment