My Add

Saturday 18 August 2012

Sathiskumar lima tahun dipercayai diculik


Oleh MALINDA ABDUL MALIK
PULAU PINANG, jumaat, 17 Ogos, 201; Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dilaporkan hilang sejak sembilan hari lalu di Permatang Pauh di sini.

T. Sathiskumar (gambar) hilang dan gagal dikesan semasa keluar bersama datuk dan bapa tirinya ketika dalam perjalanan ke Bukit Kayu Hitam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kehilangan mangsa dilaporkan kepada polis oleh ibunya, K. Parwathy, 28, pada Ahad lalu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak itu hilang dalam perjalanan ke Bukit Kayu Hitam untuk menghantar bekalan jus minuman, memandangkan bapa tiri mangsa bekerja sebagai seorang pemandu lori.

“Dalam perjalanan Sathiskumar bersama datuk dan bapa tirinya telah singgah di sebuah restoran di Permatang Pauh dan datuknya turun untuk membeli nasi sebelum mendapati mangsa hilang.

“Bapa tiri kanak-kanak itu memaklumkan mangsa meminta RM1 daripadanya dan turun dari lori pergi ke arah datuknya," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Mazlan berkata, sehingga hari ini tiada mana-mana pihak atau individu menghubungi keluarga kanak-kanak itu dan pihak polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk mengesan mangsa.

“Setakat ini, tiada sebarang maklumat mengenai mangsa dan kes ini dikategorikan sebagai culik mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Tambahnya, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu boleh menghubungi Inspektor Mohd. Ehsan Abu Bakar 012- 2494002 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment