My Add

Wednesday 29 August 2012

Penggali kubur maut dalam liang lahad digalinya



*PENDUDUK kampung melihat liang lahad Minah Ishak yang runtuh lalu menghempap Zailan yang sedang menggali di bawahnya di Kampung Penak, Mentakab, Pahang, semalam.

TEMERLOH, SELASA, 28 Ogos, 2012: Hayat seorang penggali kubur di sini berakhir dengan tragis dan menyayat hati apabila dia menemui ajal di dalam liang lahad yang digalinya sendiri bersama seorang rakan di Kampung Penak dekat Mentakab di sini hari ini.

Mangsa, Zailan Hamid, 40, dipercayai mengalami kecederaan teruk di kepala dan patah leher setelah tertimbus tanah semasa menggali liang lahad itu bersama rakannya, Mohd. Nasir Musa, 40.

Dalam kejadian pukul 10.15 pagi itu, kedua-duanya menggali liang lahad untuk jenazah seorang warga emas, Minah Ishak, 76, yang meninggal dunia akibat sakit tua selepas subuh. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment