My Add

Tuesday 28 August 2012

Peniaga maut ditembak jarak dekat di depan kedai miliknya

MARANG, ISNIN, 27 Ogos, 2012: Seorang peniaga kedai makan yang asyik bermain dam bersama rakan mati ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki tidak dikenali di depan kedainya di Kampung Bukit Cempedak, Wakaf Tapai, dekat sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa, Mat Keya Jusoh, 54, ditembak dua das di bahagian rusuk sebelum meninggal dunia 15 minit kemudian ketika dalam perjalanan ke hospital.

Menurut isteri mangsa, Sepiah Mamat, 53, semasa kejadian, dia membuat kuih di dapur kedainya dan sempat melihat suaminya bergelak ketawa bersama rakan berusia 51 tahun ketika bermain dam sebelum terdengar bunyi dua das tembakan.

Pada mulanya, dia menyangka bunyi mercun tetapi rupa-rupanya suaminya yang dikenali dengan panggilan Pok Ya Bulan terkena tembakan dan rebah dengan berlumuran darah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment