My Add

Tuesday 28 August 2012

Belia 4B sedia hantar sukarelawan

PARIT BUNTAR, ISNIN, 27 Ogos, 2012: Gerakan Belia 4B Kebangsaan berhasrat menghantar sukarelawannya bagi membantu masyarakat Rohingya yang tertindas di Myanmar.

Presidennya, Muammar Ghadafi Jamaludin berkata, permohonan sedang dibuat bagi tujuan tersebut daripada pihak berkuasa dan ia akan dilakukan dengan kerjasama Kelab Putera 1Malaysia.

''Jika mendapat lampu hijau daripada pihak kerajaan, sukarelawan Belia 4B Malaysia (4B Prihatin) bersedia berkhidmat kepada rakyat negara tersebut yang ditindas terutama orang Islam.

''Beberapa sukarelawan terdiri daripada pelbagai golongan telah bersiap sedia untuk menyertai misi berkenaan. Semua ini kita lakukan atas dasar prihatin kepada nasib mereka di sana," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis sambutan raya anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Kerian dan Belia 4B Malaysia di sini malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment