PUTRAJAYA, ISNIN, 06 Ogos, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan hormat para pensyarah Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan Fakulti Akademi Sukan Amerika Syarikat di pejabatnya di sini hari ini.
Kumpulan 20 pensyarah yang terdiri daripada pakar pendidikan jasmani dan sains sukan itu akan berada di negara ini untuk mengajar program Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani.
Program itu adalah antara program yang ditawarkan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran kepada guru-guru yang berkelayakan untuk mendapatkan diploma dalam bidang berkenaan. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment