My Add

Monday 27 August 2012

Perbankan Islam bakal menerajui pasaran kewangan antarabangsa


*AWANG Adek Hussin (kiri) beramah mesra dengan beberapa penduduk Kampung Tok Chong pada majlis mesra rakyat sempena Aidilfitri, di Bachok, Kelantan, semalam.

BACHOK, AHAD, 26 Ogos, 2012: Kemampuan sistem perbankan Islam yang berupaya tumbuh sehingga 15 peratus setahun mencerminkan ia bakal menjadi peneraju pasaran kewangan antarabangsa dengan cirinya yang tersendiri.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, sistem yang berteraskan syariat Islam itu kurang berisiko dan lebih kepada amalan perkongsian keuntungan serta mampu melindungi sistem kewangannya daripada krisis kewangan global.

Beliau berkata, kejayaan itu meletakkan perbankan Islam yang dilaksanakan di negara ini pada kedudukan di antara sistem kewangan yang terkemuka di dunia dan sekali gus membuktikan kepemimpinan negara berjiwa Islam serta tidak mengabaikan tuntutan agama. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment