My Add

Monday 27 August 2012

KUIN diambil alih syarikat swasta?


*MAHDZIR Khalid (kiri) menyambut Pegawai Daerah dari Natawee, Thailand, Phongsavatap Jirasukprasert yang turut hadir pada rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Naka, Padang Terap, Kedah, semalam. - UTUSAN/HALIM KHALID

Oleh SAFINA RAMLI
PADANG TERAP, AHAD,  26 Ogos, 2012: Kerajaan Negeri Kedah diminta menjelaskan dengan segera mengenai desas-desus kononnya sedang berlaku pengambilalihan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) oleh sebuah syarikat swasta dari luar negara.

Bekas Pengerusi KUIN, Datuk Mahdzir Khalid berkata, mengikut sumber pihaknya, kerajaan negeri dikatakan sedang mempertimbang untuk menjual saham dan pengurusan kolej itu kepada syarikat swasta tersebut.

"Surat menyurat kerajaan negeri dan syarikat swasta tersebut memang ada dan perkara ini berlaku sejak dua bulan yang lalu," katanya.

Beliau mendakwa kerajaan negeri Kedah telah menerima surat dari sebuah syarikat antarabangsa berkenaan dengan pengambil alihan pengurusan Kuin sejak dua bulan lepas.

"Ada surat menyurat dari syarikat swasta kepada kerajaan negeri Kedah berhubung dengan proses pengambilalihan Kuin dari kerajaan negeri kepada syarikat swasta.

"Kita minta kerajaan negeri memberi penjelasan mengenai surat tersebut," katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dekat sini hari ini.

Beliau berkata, pengambilalihan itu akan memberi kesan kepada pelajar kerana pihak swasta sudah pasti mahu mengaut keuntungan yang tinggi berbanding dengan kerajaan negeri.- UTUSAN/BERNAMA

No comments:

Post a Comment