My Add

Friday 3 August 2012

Perkasa bantah Pool Party 3.0

*MOHD. Noor Nordin Abdullah (bersongkok) bersama ahli Perkasa Negeri Sembilan selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, semalam.

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
SEREMBAN, KHAMIS, 02 Ogos, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat laporan polis membantah penganjuran satu parti liar yang menggalakkan pengunjung wanita mengenakan bikini di sebuah kelab golf di Rasah Kemayan di sini pada Sabtu ini.

Yang Dipertua Perkasa negeri, Datuk Mohd. Noor Nordin Abdullah memberitahu, parti yang dinamakan Pool Party 3.0 itu dilihat mencemar kesucian Ramadan kerana menggalakkan pengunjung wanita berpakaian seksi dan turut menghidangkan arak.

Katanya, penganjuran parti itu jelas memperlihatkan pihak penganjur tidak menghormati Ramadan sekali gus menghina agama Islam sebagai agama Persekutuan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment