My Add

Friday 3 August 2012

KHSB dipaksa jadi pak sanggup?

*CHUA Tee Yong (lima dari kanan) bersama sebahagian ahli MCA menunjukkan pelan tanah yang dibeli oleh anak syarikat kerajaan negeri Selangor daripada syarikat Talam semasa mengadakan lawatan ke Bukit Ulu Yam di Hulu Selangor, semalam.

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
HULU SELANGOR, KHAMIS, 02 Ogos, 2012: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang dihambat kontroversi penyelewengan, semakin 'panas' apabila pendedahan terbaru menunjukkan bagaimana anak syarikat kerajaan negeri dikatakan dipaksa menjadi 'pak sanggup' untuk melunaskan hutang Talam Corporation Berhad (Talam).

Mangsa dalam kes kali ini adalah Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) apabila syarikat tersebut didakwa diarah oleh Kerajaan PKR Selangor mengambil alih tanah milik Talam seluas 160 hektar di Bukit Ulu Yam, dengan harga RM18 juta walaupun ia mempunyai kecerunan kelas tiga dan empat iaitu melebihi 35 darjah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment