My Add

Thursday 23 August 2012

Permit syarikat bas ekspres boleh digantung

KUALA LUMPUR, RABU, 22 Ogos, 2012: Permit syarikat bas ekspres boleh digantung jika pemandunya didapati positif dadah, kata Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).

SPAD juga boleh mengesyorkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menggantung lesen memandu komersial (PSV) dan lesen memandu individu terbabit.

Menurut kenyataan SPAD hari ini, amaran itu dikeluarkan berikutan seramai 46 pemandu bas ekspres yang diperiksa dalam Op Selamat didapati positif dadah.

Namun maklumat terkini yang diterima SPAD, menunjukkan hanya empat daripada 46 pemandu bas ekspres itu sah positif dadah manakala seorang lagi positif kerana mengambil ubat yang dipreskripsi doktor. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment