My Add

Wednesday 1 August 2012

Permohonan Berjaya Books ditolak

KUALA LUMPUR, SELASA, 31 Julai, 2012: Pemilik rangkaian kedai buku Borders di Malaysia, Berjaya Books Sdn. Bhd., gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan tindakan lanjut oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung rampasan buku tulisan penulis kontroversi, Irshad Manji di premisnya di Mid Valley, di sini.

Ia ekoran daripada keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini yang menolak permohonan tersebut.

Peguam Rosli Dahlan yang mewakili syarikat tersebut memberitahu pemberita, ketika membuat keputusan itu, Hakim Datuk Rohana Yusuf menasihati pihaknya memfailkan permohonan tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Pada 25 Julai lalu, Pengurus Besar (Operasi dan Pembarangan) syarikat berkenaan, Stephen Fung Wye Keong dan Pengurus Stor di kedai Borders Mid Valley, Nik Raina Nik Abdul Aziz mengemukakan permohonan bagi menangguhkan tindakan lanjut Jawi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment