My Add

Wednesday, 1 August 2012

Polis tahan saki baki Geng Sawit

LUMUT, SELASA, 31 Julai, 2012: Polis menahan 11 suspek dipercayai saki baki anggota Geng Sawit yang aktif melakukan jenayah curi lori dan merampas 20 kenderaan itu bernilai RM600,000 dalam satu serbuan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, kesemua lelaki berusia lingkungan 30 hingga 50-an termasuk lima warga asing itu ditahan dalam Ops Lejang yang dijalankan selama tiga hari di ladang kelapa sawit Lekir, dekat sini sejak Sabtu lalu.

Menurut beliau, selain anggota sindiket berkenaan, terdapat juga suspek yang ditahan kerana dipercayai menjadi pembeli atau orang tengah yang menguruskan jual beli lori curi.

"Berdasarkan rekod dan siasatan kita, 10 buah lori yang dirampas merupakan kenderaan dicuri di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor manakala selebihnya di Perak," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment