My Add

Thursday 9 August 2012

Persiapan Aidilfitri tujuh sekeluarga musnah dalam kebakaran

KOTA BAHARU, KHAMIS, 09 Ogos, 2012: Aidilfitri bakal menjengah kurang 10 hari lagi, namun tujuh sekeluarga kini tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Padang Lengkuas, Melor di sini, musnah dalam kebakaran hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi, Norma Ismail, 30, sedang menonton televisyen bersama anak bongsunya, Akmal Haikal Mazlan, 4, manakala bapanya, Ismail Awang, 80, dan ibu Lijah Abdul Ghani, 73, berada di beranda rumah.

Tiga lagi penghuni rumah berkenaan iaitu suami Norma, Mazlan Che Ibrahim, 37, tiada di rumah kerana bekerja dan dua anaknya, Mohd Alif Hakimi, 9, dan Mohd Afiq Izuddin, 7, berada di sekolah.

Norma berkata, dia menyedari kebakaran berlaku apabila bekalan elektrik terputus dan kemudian memeriksa papan suis utama rumahnya sebelum melihat kepulan asap keluar dari sebuah daripada tiga bilik di rumah itu.

"Bilik tersebut digunakan oleh ayah dan ketika membuka pintu bilik, saya hanya nampak asap tebal. Saya kemudian bergegas membawa anak dan ibu serta ayah keluar dari rumah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment