My Add

Monday 27 August 2012

Perubahan dijanjikan boleh bawa keburukan

PEKAN, AHAD, 26 Ogos, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perubahan yang mahu dibawa pihak tertentu tidak semestinya menjamin sesuatu yang lebih baik.

Menurut Perdana Menteri, perubahan sebaliknya berkemungkinan membawa perkara yang lebih buruk apatah lagi pihak berkenan hanya menawarkan janji-janji yang tidak pun dapat mereka tunaikan bila berkuasa.

Najib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini.

Bernama memetik Najib sebagai berkata,  kejayaan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) memerintah negara ini selama 55 tahun terbukti membawa banyak perubahan dan pembangunan kepada rakyat sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Katanya, kejayaan Malaysia membawa perubahan dan kejayaan kepada rakyat ini turutkdiakui negara-negara Islam yang lain, sehingga mereka mahukan Malaysia dijadikan contoh ikutan kepada negara Islam lain. - UTUSAN/BERNAMA

No comments:

Post a Comment