My Add

Thursday 23 August 2012

Peserta RPSI1M berlepas ke United Kingdom

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 23 Ogos, 2012: Sembilan perenang cabaran Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia (RPSI1M) berlepas ke Dover, United Kingdom malam tadi.

Presiden kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia, Muhamad Muqharabin Mokhtaruddin @ Qobin berkata perenang terbabit pergi lebih awal ke sana bagi menjalani latihan selama dua minggu di Dover.

"Mereka juga perlu menjalani ujian kelayakan yang dikendalikan oleh Channel Swimming and Piloting Federation (CSPF) sebelum menggalas cabaran RPSI1M pada 16 Sept depan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, sebelum berlepas ke United Kingdom di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang malam tadi.

RPSI1M anjuran Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia, yang dinaungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, disertai 14 anggota daripada ketiga-tiga sayap pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Antara tujuan ekspedisi ini ialah memberi peluang kepada ATM untuk menjadi pasukan Malaysia pertama melakukan ekspedisi renangan berganti-ganti secara dua hala dari Dover ke Calais dan kembali ke Dover.

Qobin berkata baki lima perenang akan berlepas ke Dover Jumaat ini.

"Setakat ini saya melihat semua peserta berpotensi menamatkan cabaran RPSI1M dengan jayanya dan ada beberapa peserta berpotensi untuk berenang secara solo bagi ekspedisi tahun depan,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment