My Add

Friday 17 August 2012

PGA Sarawak rampas mercun, bunga api

KUCHING, JUMAAT, 17 Ogos, 2012: Pasukan Gerakan Am Briged Sarawak berjaya merampas 538 kotak pelbagai jenis mercun dan 13 bungkusan bunga api semuanya bernilai RM253,000 dalam siri serbuan di sini menyelang perayaan Hari Raya, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Datuk Law Hong Soon.

Beliau berkata, seorang lelaki tempatan berumur 39 tahun dan lima lelaki warganegara asing, berumur lingkungan 20 hingga 32 tahun diberkas dalam serbuan ke sebuah rumah di Jalan Datuk Stephen Yong di sini, semalam di mana mercun bernilai RM250,000 ditemui.

"Suspek lelaki tempatan yang ditahan itu akan direman mulai hari ini untuk siasatan lanjut manakala lima orang warga asing berkenaan disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(C) Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kes juga disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan letupan 1957 yang boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment