My Add

Thursday 9 August 2012

Proton City dibangun semula

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
IPOH, RABU, 08 Ogos, 2012: Pembangunan bersepadu Proton City di Tanjung Malim sebagai bandar automotif negara yang tertangguh sejak 15 tahun lalu akan dilaksanakan semula secara komprehensif melibatkan nilai pelaburan kira-kira RM1 bilion.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pembangunan semula kawasan tersebut yang dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun, akan membabitkan pembangunan tanah seluas 1,619 hektar milik DRB-Hicom Bhd.

"Kerajaan negeri telah memanggil pihak DRB-Hicom untuk memberi taklimat sama ada mereka berminat untuk meneruskan pembangunan Proton City yang tertangguh begitu lama atau kerajaan negeri membangunkan industri lain di kawasan itu.

"DRB-Hicom hari ini datang dan membentangkan pelan yang lebih komprehensif dan mereka mahu merealisasikan misi menjadikan Proton City sebagai bandar automotif negara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment