My Add

Thursday 9 August 2012

Manoharan melampaui batas

Oleh AINSAFRE BIDIN
BAGAN DATOH, RABU, 08 Ogos, 2012: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan memperlekehkan semangat juang Datuk Lee Chong Wei adalah keterlaluan walaupun pemimpin DAP berkenaan sudah memohon maaf kepada jaguh badminton negara itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin DAP itu tidak sepatutnya mempersendakan Chong Wei yang selama ini banyak mengharumkan nama negara dalam sukan badminton di persada dunia.

"Saya ingatkan ADUN dari DAP, Manoharan jangan cuba hina mana-mana atlet sukan kerana mereka mewakili negara. Chong Wei cuma gagal dengan hanya perbezaan dua mata dan beliau telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.

"Kita menghargai apa yang Chong Wei lakukan untuk negara. Tindakan Manoharan menghina Chong Wei adalah keterlaluan bagi seorang warga Malaysia dan seolah-olah beliau tidak ada semangat patriotik," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa di Masjid Ubudiah Parit 19, Hutan Melintang, di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment