My Add

Wednesday 22 August 2012

PRU-13: Jahara beri peluang kepada muka baru

TASEK GELUGOR, SELASA, 21 Ogos, 2012: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid hari ini mengulangi hasratnya untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menurut Jahara, keputusan itu dibuat kerana ingin memberi peluang kepada pelapis muda sebagai calon baru Barisan Nasional (BN) yang lebih berketerampilan untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan tersebut.

"Setakat ini ada beberapa calon yang berpotensi untuk diketengahkan dan mereka juga telah mula buat kerja seperti yang dikehendaki oleh pucuk pimpinan," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjurannya di sini hari ini.

Kira-kira 3,000 orang hadir pada majlis tersebut termasuk Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Jahara menjadi ADUN Teluk Air Tawar selama empat penggal iaitu sejak 1995. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment