My Add

Wednesday 1 August 2012

Rafizi mengaku tidak bersalah dedah akaun NFC

SHAH ALAM, RABU, 01 Ogos, 20`12:: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini sebentar tadi atas pertuduhan mendedahkan butiran perbankan berhubung projek Perbadanan Feedlot Nasional (NFC). 

Beliau dituduh mengikut mengikut Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) dan jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman tiga tahun penjara atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya. 
Rafizi dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin. 

Pada 7 Mac lalu, Rafizi bertindak menzahirkan dokumen NFC di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.

Rafizi yang hadir ke mahkamah dengan berkemeja kotak berwarna biru turut ditemani isteri, Afisza; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Dzulkifli Ahmad. 

Turut dituduh atas pertuduhan sama, bekas kerani Public Bank cawangan Jinjang, Johari Mohamad atas tuduhan bersubahat menyalurkan maklumat dokumen NFC. - BU ONLINE

No comments:

Post a Comment