SHAH ALAM, RABU, 01 Ogos, 2012: Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan mahkamah ke atas Rafizi Ramli, yang dikenakan pertubuhan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) hari ini, sambil menyifatkannya sebagai "berunsurkan politk semata-mata" dan "politik dendam."
Ketua Pembangkang berkata, motif penangkapan dan pertuduhan yang dikenakan bertujuan untuk memastikan Rafizi, Pengarah Strategi PKR, untuk berdiam daripada terus mendedahkan pelbagai lagi dokumen-dokumen yang melibatkan pimpinan kerajaan Umno-Barisan Nasional.
Saya yakin bahawa penangkapan Rafizi adalah berkaitan dengan isu skandal National Feedlot Corporation (NFC) dan juga George Kent yang baharu sahaja diberikan kontrak jutaan ringgit," kata beliau.
"Saya mengecam sekeras-kerasnya penangkapan Rafizi," kata beliau dalam satu kenyataan.
Katanya, sejak pendedahan NFC akhir tahun lalu sehinggalah kini, dan beberapa lagi skandal penyelewengan, beliau telah mendapat ramai seteru yang berkuasa dan akan menggunakan apa saja cara untuk mendiamkannya.
"Ini menggambarkan politik dendam yang ditunjangi Perdana Menteri Najib Razak dan menggunakan agensi-agensi kerajaan yang dikawal penuh," kata beliau lagi. - SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment