My Add

Wednesday, 1 August 2012

Rakyat perlu hindari sensitiviti kaum

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
KUALA LUMPUR, SELASA, 31 Julai, 2012: Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V mengingatkan rakyat supaya menghindari perkara yang dianggap sensitif kepada kaum lain demi memastikan pembinaan negara bangsa dapat dilaksanakan dengan sihat.

Justeru, Seri Paduka menyeru setiap lapisan masyarakat di negara ini supaya memelihara hubungan baik antara kaum yang terjalin selama ini dengan memupuk sikap toleransi sesama sendiri.

Titah Seri Paduka, apabila itu berlaku, rakyat tanpa mengira keturunan, agama atau budaya dapat hidup dengan rukun dan damai.

"Sepanjang dekad lalu, pembentukan negara dan pembangunan ekonomi banyak bergantung kepada keamanan dan ketenteraman dalam negara.

"Dalam usaha itu, pasukan keselamatan memainkan peranan amat penting dalam menangkis anasir subversif yang cuba memporak-perandakan negara serta berfungsi membantu negara mencapai kemajuan dan kemakmuran," titah Seri Paduka lagi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment