My Add

Wednesday 1 August 2012

Amaran kepada Pas Kelantan, AKSB

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
PASIR MAS, SELASA, 31 Julai, 2012: Kerajaan Pas Kelantan dan syarikat miliknya, Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) diberi amaran supaya menyelesaikan segera masalah bekalan air bersih yang terputus sejak tiga hari lalu di sekitar daerah ini jika tidak mahu berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Amaran keras tersebut diberi Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Aliselepas penduduk di kawasan berkenaan mengadu tiada bekalan air sejak tiga hari lalu, malah ada kampung yang terputus bekalan air lebih lama.

Menurutnya, ketiadaan bekalan air menyebabkan urusan harian penduduk terjejas dengan teruk terutama ketika umat Islam berada dalam bulan Ramadan.

"Saya menggesa kerajaan Pas Kelantan dan AKSB menyelesaikan masalah ini secepat mungkin, saya menerima terlalu banyak aduan dan merumuskan hampir keseluruhan kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir dan sebahagian di Tendong terputus bekalan air," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment