My Add

Friday 24 August 2012

Ramai kunjungi Pusat Sains Negara

*GELAGAT orang ramai yang mencuba peralatan disediakan di Pusat Sains Negara semasa cuti Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 23 Ogos, 2012: Pusat Sains Negara merupakan antara pilihan orang ramai untuk dilawati pada cuti umum sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Tinjauan Utusan Malaysia semalam mendapati, kebanyakan pengunjung terdiri daripada warga kota yang tidak pulang ke kampung untuk menyambut lebaran.

Seorang pekerja swasta dari Selayang, Samsiah Mat Razali, 42, berkata, cuti umum adalah masa terbaik untuknya meluangkan masa bersama keluarga melawat di tempat menarik.

"Saya kerja kilang, jadi masa terluang bersama anak-anak tidak menentu, musim cuti sekolah pun kadang-kadang susah dapat cuti," katanya di sini.

Seorang lagi pengunjung, Khider Abdul Rahim, 33, memberitahu, keadaan ibu negara yang masih lengang menyebabkan dia menggunakan kesempatan melawat Pusat Sains Negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment