My Add

Friday 24 August 2012

Tautan Kasih II satukan 450 keturunan Mohamad Majun

*SEBAHAGIAN ahli keluarga Mohamad Abdul Rahman berkumpul pada majlis Tautan Kasih II dan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Marang, Terengganu, baru-baru ini.

MARANG, KHAMIS, 23 Ogos, 2012: Tidak ramai yang berusaha menjejaki susur-galur keturunan keluarga dan warisan untuk mengerat dan mengukuhkan silaturahim, apatah lagi dalam suasana kehidupan masa kini.

Bagi keturunan Mohamad Abdul Rahman yang lebih dikenali dengan Mohamad Majun, mereka berusaha melakukannya dan buat kali kedua selepas dua tahun lalu, hampir 450 orang dari seluruh negara berkumpul di sini pada hari raya kedua kelmarin.

Idea untuk mengumpulkan semua keluarga besar Mohamad Majun dicetuskan oleh Pengurus Motel Desa di sini, Taufek Mohamad, 48.

"Saya terpanggil untuk mengumpulkan seluruh anggota keluarga setelah melihat iklan kempen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang sentiasa terpampang di media dengan slogan Utamakan Keluarga. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment