My Add

Monday 27 August 2012

Sambutan tahun ini meriah - Pengunjung

PEKAN, AHAD, 26 Ogos, 2012: Pengunjung yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini hari ini menyifatkan sambutan tahun ini cukup istimewa.

Ia kerana bagi mereka penganjuran rumah terbuka kali ini lebih ramai pengunjung yang datang dan sajian makanan pula lebih banyak berbanding sebelum ini.

Menurut seorang pengunjung dari Maran, Azizah Jaafar, 48, ia merupakan kali kedua dia datang ke rumah terbuka Perdana Menteri di Pekan.

"Saya lihat kunjungan orang ramai pada tahun ini meningkat berbanding tahun sebelum ini.

"Malah kerusi dan meja yang disediakan juga lebih banyak dan memudahkan orang ramai yang hadir untuk menikmati makanan yang disediakan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamad Jamhari, 51, berkata, dia bertuah kerana dapat merasai semangat 1Malaysia melalui sambutan rumah terbuka itu.

"Tiada apa dapat saya katakan selain terlalu gembira dengan keunikan budaya di negara ini yang dapat dikongsi semua kaum.

"Saya harap budaya dan semangat seperti ini akan berterusan sampai bila-bila," katanya yang merupakan penduduk Pekan.

Bagi seorang pengunjung dari Gambang, R. Rajan, 46, berkata, dia gembira kerana dapat bersama-sama dengan kaum lain meraikan sambutan hari raya ini.

"Penganjuran majlis seperti ini menunjukkan bahawa kita di Malaysia tanpa mengira kaum dapat bersama-sama meraikan sambutan perayaan dengan aman," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment