My Add

Friday 24 August 2012

Sekolah perlu lapor PPD masalah ICT

Mohd Azrone Sarabatin 

Pihak pentadbiran tak maklum ketika lawatan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 23 Ogos, 2012: Pentadbir sekolah perlu melaporkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau Jabatan Pelajaran negeri sekiranya berlaku masalah yang menyebabkan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dibekalkan ke sekolah gagal dimanfaatkan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata beliau kerap turun padang meninjau masalah dan keperluan sekolah, namun tidak dimaklumkan oleh pihak sekolah mengenai masalah berkenaan. 

“Saya akan mendapatkan maklumat daripada pegawai kanan kementerian mengenai isu itu, untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam. - BH


No comments:

Post a Comment