My Add

Sunday 5 August 2012

Sepasang kekasih lemas hidu asap tilam terbakar

KUALA LUMPUR, AHAD, 05 Ogos, 2012: Sepasang kekasih ditemui mati dipercayai lemas akibat terhidu asap tilam yang dibakar mereka dalam sebuah bilik di Pangsapuri Bayu Puteri, Petaling Jaya petang semalam.

Kedua-dua mayat yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditemui rakan mangsa yang pergi ke rumah pasangan itu selepas gagal mengesan mereka kira-kira pukul 3 petang.

Rakan pasangan itu terpaksa menendang pintu bilik yang mempunyai kesan terbakar dan kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan terdapat longgokan tilam yang dibakar berhampiran mereka.

Namun tiada kesan bakar ditemui di badan mereka.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata, mayat pasangan itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment