My Add

Sunday 5 August 2012

NAM dijangka peraku deklarasi solidariti Palestin

KUALA LUMPUR, AHAD, 05 Ogos, 2012: Deklarasi Solidariti untuk Palestin dijangka diperaku Menteri-menteri Luar dalam Mesyuarat Luar Biasa Peringkat Menteri Jawatankuasa Gerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) Mengenai Palestin yang berlangsung di Ramallah, Palestin hari ini dan esok.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat itu.

"Penyertaan Malaysia dalam mesyuarat luar biasa ini menunjukkan sokongan berterusan Malaysia terhadap kerajaan dan rakyat Palestin," kata kenyataan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment