My Add

Friday 3 August 2012

Skim Latihan 1Malaysia buka peluang kerja untuk belia

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Skim Latihan 1Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan bagi mengurangkan kadar pengangguran belia di negara ini telah berjaya membuahkan hasil dan menyumbang kepada pertumbuhan pesat ekonomi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, belia Malaysia kini mudah mendapat pekerjaan berbanding belia di Eropah khususnya negara yang menghadapi krisis ekonomi seperti Itali, Sepanyol dan Greece yang kadar penganggurannya adalah tinggi.

Skim latihan itu yang dilancarkan 1 Jun tahun lalu, berjaya melatih sebahagian daripada 20,000 lepasan universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) yang tidak berjaya mendapat pekerjaan sebaik sahaja habis pengajian, katanya.

"Setiap tahun kita ada 90,000 pelajar yang keluar daripada universiti dan IPT dan kita lihat 70,000 pelajar daripada 90,000 pelajar itu tiada masalah untuk mencari pekerjaan tetapi yang 20,000 itu sukar mendapat kerja," katanya kepada Bernama di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment